Saturday, August 3, 2013

hye August!






welcome August!! any good news for me for this month? please be nice to me yeah..  c:



NOTAKAKI: ya Allah..moga pencarianku selama hampir sebulan ini membuahkan hasil..aminnn

kenal personaliti seseorang melalui...

Psikologist mengatakan:

1. Apabila seseorang itu terlalu ketawa
terbahak-bahak biarpun hanya perkara kecil
yang langsung tidak lucu dan kelihatan
bodoh, dia sebenarnya seorang yg
mempunyai jiwa yg sangat sunyi.

2. Sekiranya seseorang itu banyak tidur, dia
org yang kuat bersedih.

3. Apabila dia kurang bercakap tetapi pantas
dalam berbicara, bermakna dia menyimpan
seribu rahsia.

4. Sekiranya dia sukar untuk mengeluarkan
airmata, dia seorang yg lemah.

5. Kalau senang menangis meskipun benda
yg kecil sahaja, dia seorang yg berhati
lembut.

6. Dan sekiranya dia cepat marah biarpun
perkara sekecil kuman, itu bermakna dia
perlukan kasih sayang.

Berusahalah untuk memahami orang lain, selepas kita memahami diri kita sendiri.Bukan 100% betul, tetapi ada sedikit kebenarannya disitu....



NOTAKAKI: aku?? sejak kebelakangan ni memang sangat sangat sangat kuat tido ( +.+ ), yang no 3 tu ada jugak (orang yang cakap, bukan aku) dan yang no 5 tu.. heeee   c:



sumber : fesbuk

Wednesday, July 31, 2013

Untukmu Yang Ku Nanti

Tuesday, July 30, 2013

oh Tuhan...



Ya Allah, ampunilah hamba-Mu
hamba yang sering mengeluh atas ketetapan-Mu
hamba yang sering berburuk sangka atas takdir-Mu
hamba yang tidak ikhlas menerima keputusan-Mu

wahai zat Yang Maha Perkasa
kepada siapa lagi hamba perlu berdoa
kepada siapa lagi hamba perlu meminta keampunan
kepada siapa lagi hamba perlu melarikan persoalan

oh, sekiranya waktu dapat diputarkan
mahu sahaja menjadi hamba yang berbakti
sejak lahir ke dunia sehingga ajal datang pada penghujung usia




Sunday, July 21, 2013

congrates my dear frenz!!

oke baru dapat taw sorang member merangkap besfren masa kt arau dulu dapat sambong degree kt melaka.. UITM BANDAR MELAKA oke!! aghhhh kenapa dapat tempat yang sama??!!

ntahla.. aku taktaw kenapa aku rasa kecewa, sedih, terkilan, nak nanges.. emm bukan aku tak hepy kawan aku dapat sambong degree tapi ase macam sesal lak gi benti blajar.. kalo aku still kat sana mesti aku ley kawan ngan dy, kua makan ngan dy, lepak sekali, dok umah sewa skali.. even dy dapat kos lain dari aku at least aku ada sorang membe yang paling aku rapat (sebab ni salah satu masalah aku sepanjang kat melaka.. takdak kawan rapat/geng since semua orang dah ada besfren sendiri dari diploma.. aku je yang takdak geng balajar dalam satu kampus.. hurmm ) tiap tiap kali kalo teringat sal benda ney mesti ase sesal sebab berhenti and ase nak nanges..

Ya Allah.. Kau tabahkanlah hatiku Ya Allah.. kuatkanlah aku dalam menghadapi dugaanMu ini.. jauhkanlah aku dari sifat menyesal dengan apa yang telah berlaku dalam hidupku.. sesungguhnya aku ikhlas berkorban demi keluargaku Ya Allah.. aku berhenti belajar atas sebab hanya Kau saja Yang Maha Mengetahui yang tidak seorang pun ketahui cerita di sebalik semua ini.. dan aku percaya segala yang berlaku ada hikmah di sebaliknya kerna Kau tidak pernah membiarkan hambaMu dalam kesusahan..

Ya Allah.. buangkanlah sifat penyesalan dalam diriku sesunggunya aku ingin menjadi hambaMu yang redha dan ikhlas.. aku doakan sahabatku terus berjaya dalam pelajarannya nanti di sana.. aminnn

to my beloved fren, NADZIRAH BINTI GHAZALI, wish u sukses!! hopefully nad boleh jaga diri kat sana and cepat sesuaikan diri.. sory tak dapat teman sepanjang kat sana..  :'(




nota kaki >> kalo miza still kat sana mesti kita bley grad sama sama kan nad macam diploma dulu sebab nad juz 2 tahun setengah, miza 3 tahun..emm   :c 

Wednesday, July 17, 2013

*shining*

yeay!!!!! setelah sekian lama akhirnya belog yang sekian lama ditinggalkan akibat kekangan masa (yang paling penting lupa pasword sebenarnya!  +.+ ) berjaya ditemui...

fuh... fuhh... fuhhhhh...  *bersihkan habuk yang da bersarang  :')

Monday, June 4, 2012

Rindunya rasa kalau tak dapat dating dengan DIA tambah-tambah lagi kalau tak dapat "dating"dengan dia untuk 5 kali sehari, tak sah lagi tak lengkap hidup ini rasanya. Tambahan pula tak kala terdengar panggilan dari –Nya lagi bertambah tak sabarlah diri ini lagi untuk "dating" dengan DIA.
"اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ.
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ.
أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّداً رَسُوْلُ اللهِ. أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّداً رَسُوْلُ اللهِ.
حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ
حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ
اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ. لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ
Hebat sungguh penangan panggilan mu Ya Allah .
Ya Allah, izinkanlah diri ini untuk sentiasa dapat "berdating" dengan mu bukan sahaja sehingga akhir hayat ku tetapi sehingga dapat ku "berdating" dengan mu di Syurga mu Ya Allah untuk selama-lamanya.

"Dating"
Risau hati ini memikirkan untuk "berdating" dengan DIA.
Dah cantik ke aku nie? Perlu pakai mekap tebal-tebal ke atau perlu menambahkan perhiasan lagi ke pada diri ini?
Ye ke perlu semua tu, TIDAK. DIA, Allah tidak melihat semua itu, cantik rupa secara zahirnya dan tak mampu jika nak dilawankan dengan cantiknya hati mu yang tersembunyi di dalam zahir mu itu untuk "berdating" dengan DIA. DIA hanya memerlukan hati mu yang ikhlas semasa bertemu–Nya, ikhlas menghadap–Nya dan ikhlas menyembah-Nya dalam sujud mu.
Berhias? Perlukah?
"Berdating" dengan DIA cukup hanya menutup aurat tak perlulah nak berhias-hias. Malah disuruh–Nya lagi menutup segala perhiasan mu yang tersembunyi kecuali muka dan kedua telapak tangan mu. Aurat mu penting ketika bertemu dengan–Nya.
Mudahnya "berdating" dengan DIA,
Indahnya dapat "berdating" dengan DIA,
Tak rugi "berdating" dengan DIA,
Ini yang membuatkan hati ini lagi bertambah sentiasa ingin sangat "berdating" dengan DIA, "berdating" dengan DIA di dalam solat ku, berbicara, menyembah dan sujud kepada–Nya dan aku ingin DIA menjadi kekasih ku dari awal pertemuan sehinggalah akhir hayat ku, Insyallah.
Ya Allah, izinkanlah untuk aku terus dan sentiasa dapat bertemu dengan mu, tak kira dimana, tak kira ketika.
Aku ingin "berdating" dengan mu setiap masa Ya Allah.