Showing posts with label tentang mereka. Show all posts
Showing posts with label tentang mereka. Show all posts

Sunday, October 2, 2011

final destination 5

aku baru je abes tonton movie ney.. oke agak ketinggalan pasal cite da nak masok sebulan tapi aku baru dapat tengok.. orang cakap cite da basi.. kesian kat aku kan.. huhu


ney saje saje nak review sket sal cite ney.. sape nak baca teroskan, law takmaw pown tak paksa.. saja saja ja wat entry ney.. hehe


bagi aku jalan crita ney boley tahan la kengeriannya cam sebelom sebelom ney.. kalo tak takde la sampai aku tutup muka ngan dua dua tapak tangan aku ye dak.. huhu.. tapi sesengeri (eh betol kew imbuhan aku pakai ney?? tibai jela) final destination 4 kowt law tak silap aku.. yang starting cite kat litar F1 tuhh.. ase tu ngeri lagi cara kematian diorang.. bagi aku la kan.. laen orang laen pendapat..


and pasal ending plak seriyes tak best langsong.. ini jugak hanya pendapat aku oke! jangan marah ye  ^_^


pape pown TAHNIAH aku nak ucapkan kat director movie trailer neyh Steven Quale sebab imaginasi yang sangat tinggi and mampu menghasilkan movie yang sangat berani and mencabar neyh.. kalo kalo ada sambungan lagi untuk final destination 6 wat yang lebey baik oke! (bajet cam si steven baca ja blog aku.. hampeh!)



akhir kata, beringat lah.. ajal or maut sentiasa menanti kita.. entah bila, entah kat mana kita berada and jugak entah bagaimana caranya.. so sentiasalah berdoa kepada Allah moga kita dapat mati dengan cara yang paling baik di cc Allah, di tempat dan ari yang baek serta roh kita ditempatkan di cc Allah dan kekasihnya Rasulullah s.a.w... InsyaAllah mudah mudahan.... aminnn..




"DEATH HAS NEVER BEEN CLOSER"

Friday, September 30, 2011

polis oh polis

ntah kenapa sejak kebelakangan ney idop aku 'dikelilingi' dengan report2 polis..


yang pertama:

Da hampir 5 bulan aku wat report polis sal kehilangan lappy kesayangan aku.. bukan lappy aku sorang saja oke.. 2 lagi lappy teman serumah, sebilik, sekampus juga sekelas dan juga.. ada lagi wehhh.. 2 tepon bimbit and kasut sport kepunyaan tunang rakan serumah aku turut dirompak oleh manusia yang tak berperikemanusiaan.. ya sangat sangat tak berperikemanusiaan bagi aku.. kenapa?? sebab taim tu xsaignment dari awal semester aku untuk semua subjek tersimpan dalam tu yang semuanya hampir siap dan dah pown siap.. dalam tu gak da semua nota nota ringkas untuk setiap subjek aku nak study..


Wehh taw tak aku ada test esok tu? taw tak aku ada presentation hari selasa and rabu tu (3 ary pas 'hang' curi laptop aku tu?? tak pi-k aku student yang sangat sangat perlukan laptop kew hah??? gara gara laptop ilang 3 ary aku tak tido langsong nak siapkan balik semua xsignment tuhh.. kejam betol 'hang'.. adess!! siyes aku tak kan maafkan 'hang' sampai bila bila walau apa alasan 'hang' kecuali 'hang' pulangkan balik laptop aku tuh.. huhu


Oke, berbalik pasal crita report polis aku tadi tu, pas ilang pagi tu jugak aku ngan member aku gi balai polis wat report.. dipendekkan crita, baru petang tadi aku dapat panggilan dari balai polis arau kata pencuri tu dah ditangkap.. ntah betol ntah tidak aku tak brapa yakin sebab macam tak percaya macam benda dah lama.. tapi kalo betol alhamdulillah......  ^_^




yang kedua:

minggu lepas adik aku xcident 200m dari umah.. syukurlah takdak cedera terok selain calar2 kat badan dia melainkan motor dia ja yang parah..  hancur teros bahagian depan langgar dengan motor jugak.. so kena la wat report jugak......






yang ketiga:

minggu ney plak jadi kes kecurian kat ofis tempat aku praktikal sekarang.. kilang dicuri hampir RM21,000 tunai oke! banyak tuhhh... sangat sangat banyak.. so pagi tu jugak bos pi wat report kat balai polis and sekarang dalam siasatan.. semua pekerja termasok pekerja bangla tutut diambil cap jari dan disoal siasat.. dianggarkan  ney semua angkara orang dalam jugak sebab tak pernah orang taw da dwet sebanyak tu aritu.. sebelom ney teros bank in dwet je lam akaun bos, tapi kebetulan hari tu ari sabtu and bank tutup.. hadoiii.. benda nak jadi macam macam kan.. huhu









* peringatan untuk diri aku sendiri : jangan terlalu percaya ngan orang even dia orang yang paling rapat ngan kita   :)

Tuesday, September 13, 2011

saya anak malaysia!

semangat betol bila tengok budak budak kecik berbasikal dengan penoh bendera malaysia terpacak di depan and belakang basikal masing masing.. pelik jugak kenapa tetiba ramai sangat budak budak yang hias basikal cantek cantek and berpakaian baju raya pagi pagi ceni.. rupanya sekolah tadika depan kilang aku neyh ada wat jamuan raya.. kebetulan taon ney kan kita sambut raya and merdeka skali..


mybe cikgu tadika diorang da wat pertandingan basikal berhias kowt.. masing masing naek basikal ngan megah sambil jerit MERDEKA ramai ramai.. peghh semangat gila.. bagi aku sendiri bagosla kalo cikgu di sekolah sekolah ada inisiatif macam ney.. pupuk balik minat budak budak budak ngan semangat patriotisme.. kenalkan balik mereka ngan pahlawan and wira wira negara.. biar diorang tahu erti kemerdekaan and hayatinya sendiri kerna merekalah bakal mewarisi and memimpin negara satu ary nanti (chewahh ..)






* gambar gambar ney diambil dari cik google je sebab tak sempat nak amek gambar diorang tadi..huhu..tapi yang pasti basikal budak budak yang aku tengok tadi lagi menarik and sangat cantek (kalo boley aku pown nak dok situ tangkap gambar aw)  ^_^








Thursday, May 19, 2011

boy VS gurlz


sambungan dari sini   ^.^



perempuan lebih submisif,
 iaitu mudah mengalah, lebih mudah terkesan dengan
tekanan-tekanan sosial, 
dan lebih responsif kepada keperluan orang lain.
 lelaki pula, mereka lebih banyak memulakan interaksi dan 
mereka juga lebih banyak mencelah orang lain dan juga lebih banyak tidak peduli 
dengan kata-kata orang lain berbanding wanita.




Orang perempuan
apabila risau atau mengalami ketegangan
mereka akan menceritakan masalahnya kepada orang lain. 
namun bagi lelaki
mereka lebih kerap mendiamkan diri apabila
bermasalah.




Bagi perempuan 
mengalah itu tanda sayang dan pengorbanan.
tapi bagi lelaki 
mengalah itu tanda lemah dan tiada prinsip kukuh.



walau ada beratus perbezaan sekalipown
lelaki dan perempuan saling memerlukan
dan perbezaan ini
yang akan mengeratkan
sekaligus
memenuhi kekurangan masing masing











semoga kita lebey memahami pasangan masing masing  c:




Tuesday, May 17, 2011

apew yang lelaki mahukan??

sapa cakap kaum pompuan ja yang susah nak paham.. lelaki pown apa kurangnya.. ntah apew yang diorang nak lam sesuatu perhubungan erk??.. kesetiaan? kejujuran? tanggungjawab?




SITUASI 1:

siti (bukan nama sebenar) dan abdul (juga bukan nama sebenar) dah lama berkenalan dan berkapelan. *erk?? usia perkenalan diorang boley diibaratkan law kawen dah ada anak pown.. sangat lama.. masing masing da saling kenal aty budi apalagi family dua dua blah pihak pown da kamceng sangat ngan pasangan masing masing.. namun usia perkenalan bukan penentu segalanya.. sedangkan lidah lagi tergigit inikan plak orang berchenta.. even siti and abdul saling menyintai tapi ntah silapnya di mana abdul mula berubah prangai.. biar pown siti jujur ngan abdul, tak penah menipu apalagi nak menduakan abdul namun abdul tetap bersikap dingin.. kasih sayang dan kata kata siti tidak lagi diendahkan abdul..



SITUASI 2:

masa zaman sekolah lagi ahmad (buka nama sebenar) da berkenan kat sorang awek ney.. nama awek tu minah (juga bukan nama sebenar).. minah ney budak junior dy.. senyuman dan kecomelan minah membuat dy tertarik sehinggakan sanggup menjeling jeling minah dari arah jaoh.. setelah 5 taon berlalu ahmad bertemu semula ngan minah and tanpa membuang masa ahmad menyatakan hasratnya ingin menyambong kaseh bersama minah sebab dy takot kehilangan minah lagi.. setelah melihat ketulusan aty ahmad minah setuju dan mereka jadi pasangan yang sangat bahagia kalahkan orang yang baru pas kawen.. tapi hubungan mereka tak lama.. baru beberapa bulan si ahmad tetiba tarik diri.. katanya dy takdak komitmen lagi nak serius lam hubungan.. kejadah!! alasan takley pakai langsong..



SITUASI 3:

fitri dan mira sama sama berkenalan di unibersiti.. setelah mengenal aty budi kedua duanya sepakat nak berchenta.. setiap masa terluang sering dihabiskan bersama tak kira waktu sarapan, lunch, dinner, supper, nengok wayang, makan angen and macam macam lagi.. perhubungan diorang jugak hampir diketahui hampir seluruh unibersiti mereka.. boley dikatakan pasangan 'HOT' jugak lah kt yu mereka.. mira cukup sayangkan fitri and sanggup lakukan apa sahaja demi fitri.. tabiat playgirlnya tros dibuang ke tepi semata mata nak setia kat fitri sorang.. even fitri seorang yang setia tapi belakang mira dy still melayan pompuan laen and sering mengupload video dan gambar gambar lucah pada masa terluang.. 


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


cukupla kowt aku bagi 3 contoh ney kan.. so apa yang kowang nak katakan pasal lelaki?? xtually apa yang sebenarnya lelaki inginkan lam sesuatu perhubungan?? nafsu? kepuasan? 


buat kaum lelaki.. ingatlah, pompuan jugak ada perasaan.. pompuan bukan mintak sangat dibelai, dimanja doplohpatjam! juz sekadar diberi perhatian lam tempoh beberapa minit and buat dirinya rasa dihargai ghasanya da cukup kowt.. 


*asal skema sgt ayat ayat kat atas neyh?? haha.. abaikan!

>> cerita cerita di atas adalah benar untuk dijadikan pengajaran

Monday, May 16, 2011

H.U.T.A.N.G

da lumrah sekarang ney adat berhutang dalam kehidupan seharian kita.. sejak kita di unibersiti pown kita dah diajar berhutang ngan negara.. cam cntoh PTPTN.. skali pinjam RM15k semata mata nak sambong blajar untuk menjamin masa depan yang cerah.. tapi bila dah utang banyak tuh ntah bila plak nak langsaikan utang tuh..


utang barang pown lebey kurang.. tapi selalu law barang orang tak cakap utang, tapi pinjam.. bila dipikirkan balik bila pinjam barang orang tak pulang pulang tak kew namanya berhutang?? aku da mushkill ngan manusia sekarang neyh.. da pinjam tak reti reti nak pulangkan.. da hutang tak reti reti nak bayar.. tuan punya barang plak yang kena tuntut dwet mahupown barang depa balik.. haishh


dua ary lepas aku pasan sebelah umah aku ney penuh cat umah kat umah dia.. mula mula juz anggap besa.. bila esoknya makin banyak and bagai lukisan budak umo setaon yang tak pandai melukis bercat merah penuh kat dinding aku mula curiga.. aku bukan jenis amek port sangat bab bab berjiran neyh sal kenangan dulu da banyak ngajar aku erti berjiran.. huhu.. tapi bila prati btol btol bawu pasan maybe tu suma kerja ALONG sebagai amaran maybe diorang tak bayar hutang yang diorang pinjam.. mybe diorang da sebab sendiri napa diorang tak mampu lagi nak bayar.. ntahla aku pown tak pasti.. 


apew yag aku nak cakap kat sini law kita tak mampu nak bayar lebey baek jangan pinjam or jangan berhutang ngan sesapa.. bia idop kita sederhana janji tak papa kedana.. kalo nak berhutang or terdesak sangat nak berhutang jangan lupa bayar bila sampai taim.. ney tak, sebelom berhutang mulut manis bagai, tapi bila da dapat ilang lesap entah ke mana..  


>> nak pinjam pandai cari, nak bayar tuan punya badan lak sampai kena tuntut.. haishh
>>>  utang utang jangan dok wat men woii.. bawak ke MATI aw!!

Saturday, May 14, 2011

jatoh chenta lagi!



aku tak pasti ntah untuk kali yang ke berapa aku jatoh chenta lagi.. terkejut?? tu mesti dah da cakap cakap belakang kata aku ney jenis tak setia, playgurl or macam macam gi kan?? ada aku kesah! bia lah pew orang nak cakap asal aku tak wat benda yang salah di sisi agama mahupown undang undang negara.. yang penting aku bahagia.. hehe


jejaka pertama yang da buat aku jatoh chenta namanya BENZ ALIFF.. peghh dah la ensem, bergaya.. dia ney dulu taiko.. taw tak taiko tu apa?? err macam samseng la jugak (kalo tak silap aku).. tapi bila dah lama kenal aty budi dia upanya dia orang yang agak romantik.. cweet gitu.. keh3.. dia suka wat aku senyum ngan gelagat and telatah dy yang boley dikatakan 'cumil' di mata aku.. *orang ngah berchenta memang la ceni kan.. hehe


esoknya aku jatoh aty plak ngan sorang mamat neyh.. nama dia FARIZ.. dy ney pown boley tahan.. garang, kuat bebel tapi senyuman dy ley wat pompuan tros cayer kowt.. cam letak ais kat suhu 100' celcius.. peghh menawan beb.. tindakan and perbuatan dy selalu nampak spontan, tu yang wat aku makin jatoh chenta ngan dy.. hadoiii.. * tapi BENZ ALIFF tetap dalam ingatan



tak sampai 3 ary aku dikenalkan plak ngan sorang mamat neyh dari adik aku.. nama dy HANIF.. nama simple sesimple orangnya.. dy ney agak cerewet, panas baran and suka cari gadoh.. tapi lam masa yang sama dy gak seorang yang sangat baek, caring and loving.. (peghh ayat tak tahan.. haha) first kenal ngan dy mula mula aku meluat gak.. asyik dy ja nak menang and takmaw dengar pendapat and pandangan orang laen langsong tapi bila dah lama kenal.. hehe.. aty pown da terpikat beb.. ^.^








>> semua novel da abes aku baca.. pasni nak wat apew lagi?? seminggu lagi aku ada nak isi masa lapang aku sebelom mula praktikal.. adess... =(

>>> sapew nak bawak aku gi kedai buku neyh nak cari buku baru, ley dapat pakwe baru lagi.. keh3

Sunday, April 24, 2011

bengang!

aku tak nafikan
atas dunia yang kita dok pijak selalu ney
ramai sangat manusia yang pelbagai jenis prangai
bayangkan
kalaw suma manusia Allah jadikan
suma sama pangai ngan kita
sama kepala ngan kita (bkn kmbar siam oke!)
sama pikiran ngan kita
pendekkan crita
segala galanya samalah ngan kita
mesti bosan kan nak idop
ntah ntah ase nak bunuh je diri sendiri
sebab idop ase tak mencabar
idop ase tak meriah


tapi ape yang aku nak crita rini
sal sorang budak umah aku
bukan apew
siyes aku bengang gila kat dia
pakai benda orang suka aty
tak mintak izin duluw lak tu
kalaw benda tu osak dya ley plak wat aty kering ja
kowt la ada inisiatif nak ganti balik
HARAM!
tunggu la sampai bila pown 
betuah dia nak ganti balik


yang paling sadis law bab2 makanan la
selamba gila makan harta orang
tak mintak izin
tadi aku bangun tido
perut lapa gila mintak diisi
pi la dapor nak masak
skali tengok minyak da abes
kering kontang oke!
tak bersisa langsong
ase nak nanges je
perut dok bunyi bunyi
lam aty dok sumpah seranah
hadoiiii....!!
awat la aku dapat haousemate camni
at least mintak la izin duluw nak pakai or amek
takde la aku maki sangat
tolongla jangan wat aku ilang sabar
kang tak pasal pasal
aku tak halalkan teros apew  yang kaw amek barang aku
tanpa keizinan aku
and tak pasal pasal
apew yang kaw makan tu tak halal



>> sabar aku pown ada tahap.. kalaw kaw takdak dwet aku pown takdak dwet gak!

Monday, April 11, 2011

nape ye?? :)

aku dah lama mushkil ngan satu perkara ney
aku tak paham
nape ye pas seseorang tu da kapel
orang tu da takley kawan ngan berlawanan jantina?
nape??
takot dikatakan curang??
hipokrit atau men kayu tiga,empat atau sepuloh??


aku taktaw la orang laen cane kan
tapi bagi aku
law sesorang tu percaya ngan pasangan dia
bergaul tak melebihi batas
jaga pergaulan
and takdak rahsia lam hubungan tuh
aku ase apa apa masalah boley disetelkan
and law takat da salah paham kejap je


tapi apew yang aku nampak sekarang
pas da kapel semuanya da sunyi sepi
suma da loss kontek
suma bawak haluan masing masing
sedagkan sebelom neyh rapat gile
erat cam belangkas
sentiasa share masalah
men tuka tuka crite
nanges and gelak sama sama



maybe kalaw yang dok bersembang laen laen jantina tu
untuk orang orang yang single je kowt
orang yang dah da pasangan DILARANG kan
sapew taw... 


org da kapel xley bergaul cmni oke! ^.^

manusia hari ini

penah tak kowang tegur sesorang
sal kesalahan orang tuh??
tak kesah la sapa dia
kawan kowang kew
family kew
atau paling kurang
kowang bermonolog sendiri
sebab tak berani nak cakap depan depan
kan kan kan??


bohongla law kowang cakap tak penah
kalaw dah nama manusia
tak sah law tak buat kesalahan
kita bukan perfect cam nabi atau malaikat toi tak?


adat manusia
kalaw salah orang nampak sangat sangat
even kadang kadang benda tu kecik sangat untuk diperdebatkan
salah sendiri??
susah gila nak ngaku kan?


kowang cuba pi-k balik apew yang aku nak bagitaw neyh
kowang pasan tak
setiap kali kowang nampak or pasan
sal kesalahan orang
taim tuh mesti kowang da buat kesalahan jugak
tak kesah la samada lebey kurang cam kesalahan
orang yang kowang nampak tu 
atau takdak kena mengena pown
yang pasti benda tu salah


kalaw kowang tak buat salah taim tuh
atau lam masa terdekat tuh
kowang tak nampak pown kesalahan orang
kat sekeliling kowang
kecuali la salah besar kan..



apew yang aku nak cakap kat sini
jangan dok berlagak and anggap kowang tuh
PERFECT sangat!!
setiap orang da kelebihan and kekurangan
so trima la apa adanya siapa pown orang tu
kalaw tak puas hati tegur je depan depan
tu lebey baek dari dok cakap belakang
and bergosip sana sini
even maybe akan wat orang tu terasa
and kecik aty
juz ABAIKAN
sebab takat mana sangat dia nak tacing
kalaw betoi dia ada otak
dia akan pi-k balik apew yang kowang cakapkan tuh
and satu hari nanti dia akan berterima kasih kat kowang
sebab sudi tegur dia
tapi law dia takdak otak
takyah la nak kawan ngan orang camni
orang macam ney juz jual ikan selfish je
and anggap dia sorang je yang betoi
nak lagi kew kawan ngan orang camni??
aku takmaw
taktaw la kowang kan.. hehe






kawan yang sejati adalah kawan yang selalu menegur and kritik apa yang kita buat
and kawan yang merosakkan hanya memuji setiap apa yang kita lakukan
sesungguhnya pujian itu boley buat kita riak dan sombong
tapi kritikan dan teguran mampu menjadikan kita lebey baek.. wallu'alam   :)

thanx buat semua :)

alhamdulillah..
setelah hampir dua minggu korbankan masa,
dwet and tenaga
akhirnya berjaya jugak siapkan
suma assignment untuk sem neyh


yang pertama assignment 
untuk kod BEL312
di mana kami dikehendaki menyiapkan proposal pasal
SERVICE OF SHUTTLE BUS IN UITM PERLIS
penat gi interview orang bahagian pentadbiran
wat questionnaire and tanya kat budak budak NR sal service tuh


kedua assignment AIS310
kami kena wat report pasal
VOICE OVER PROTOCOL INTERNET (VoIP)
sangat sangat menguji minda, kesabaran and pengetahuan kami
tapi akhirnya siap jugak


so aku kat sini nak ucapkan 
THANX A LOT TO ALL OF U
yang sudi bagi  kerjasama, bagi idea untuk kita siapkan
suma assignment2 neyh
tanpa kowang aku tak mampu
nak siapkan semuanya sorang sorang


pasni kami hanya perlu menuggu
berapa carry mark kami dari para lecturer
huh cuak gilerrr!!
harap sumanya berbaloi dengan hasil usaha kami
aminnn.... ^.^





ney orang orang kuat aku
yang sentiasa ada untuk siapkan semuanya :)

ney aku and project manager,syahir   ^.^


ney plak aton and mariah


 ney diha :)



>> thanx again kowang.. 

Thursday, March 31, 2011

binatang pown sayangkan anak

kejamnya manusia zaman sekarang.. aku taktaw nak cakap tak berperikemanusiaan kew, takdak aty perut or apew..

kesahnye ceni..

cam besa law aku takdak keja kat perlis nun aku amek bas balik penang.. balik umah aku la kan.. pas 2 jam setengah berhempas pulas lam bas sampai la aku kat desa tercinta.. keh3.. aku slalu turun kat sungai dua and mak aku akan amek aku kat situ..

oke berbalik sal cita aku tadi.. kat umah aku da la beberapa ekor kucing.. xtually bukan la bela sebab tok aku tak brapa suka sangat binatang berbulu lam umah.. sebab duluw arwah suami die ada asma sebab suka cium kucing.. tapi ary ary bagi makan and belai gak kucing kucing kat blakang umah tu.. adik adik aku la yang gila sket sal kucing kucing neyh..

baru ney aku balik aku saja tanya kat mak aku mana "baby" (adik aku bagi nama kat sekor kucing neyh).. pastu mak aku cita la pew yang da berlaku kat kucing tu sebenarnya.. menurut mak aku beberapa ary lepas ntah makhluk dari bumi mana gi curah simen kat perut kucing tuh.. keras la badan dy.. 3 ary dy takmai bagi nyusu kat anak dy.. anak dy ada 3ekor, tinggai kat umah aku.. pas 3 ary tu, dy da sihat sket dy mai umah bagi nyusu kat anak anak dy ngan keadaan perut dy yang masih bersimen..

pas beberapa tu dia buang sket sket simen kat badan dy sampai perut dy belubang.. siyes sadis gilew.. ley nampak isi lam perut.. daging daging dy tergantung and ley nampak.. first taim aku tengok aku nanges.. kejamnya makhluk yang curah simen kat kucing ney.. takdak perasaan langsong..

tapi yang aku paling kagom and wat aku nanges lawpown ngan keadaan dy camtu dy still mai nyusu anak dia tak penah tinggai.. mesti sakit kan.. aku da amek gambar kucing tu tapi tak sanggop nak tengok balik.. sedey kowt.. huhu.. bayangkan law manusia.. dapat anak buang buang ja lam tong sampah, lam longkang and tempat tempat yang tak sepatotnya anak tu dudok and tinggal..

ermm.. manusia zaman teknologi....

Sunday, March 6, 2011

rabak

tadi saje saje jalan kat blog orang
nak study takde mood lagi
so wat la keje yang kadang kadang da manfaat gak..hehe


ngah syok syok ronda aku benti jap
kat sorang blogger neyh
tajok entry dy samting sal rabak
aku pown tak pasti dia rabak sal apew
tengah kusyuk baca
tetiba aku dapat satu panggilan
aku pown angkat fon ngan senyuman yang lebar and macho
tapi tak sampai 5minit aku dah letak tepon
and aty aku plak yang rabak
ahh damn!!






>>  asal sejak kebelakangan neyh aku suka sangat tulis, review and cakap sal blog dia ek?? da kena santau kew hapa... hahaha

Monday, February 28, 2011

.....

pagi tadi aku dapat satu panggilan dari seorang kenalan aku yang emaknya tengah nazak kat hospital.. berdegup jantung aku dengar brita tu.. katanya lagi dah dua ary da kt AISIYU..

tengah kpala otak pikirkan dia tetiba fikiran aku melayang jauh tringatkan arwah ayahku.. ya, sesorang yang amat aku rindui da hampir sebelas taon.. rindu tubuh badannya, wajahnya, senyumannya, kasih sayang and belaiannya, juga pelukan hangat dari seorang lelaki sepertinya.. tersangat sangat la rindu hanya Tuhan je yang taw..

pernah satu ketika duluw aku pernah ajukan soalan kepada ibuku bertanyakan tentang ayah.. ibu jawab Allah lebey sayangkan ayah.. lalu aku menjawab, tapi kakak (aku) pown sayangkan ayah.. kenapa Allah amek ayah dari kakak?? kenapa tak amek ayah orang laen.. kenapa amek ayah kakak sorang.. aku nampak ada air mata mengalir di pipi ibu lalu aku pown benti bertanya..

satu ketika yang laen aku penah bertanya kepada ibuku kenapa orang laen suma ada ayah kenapa bukan aku.. kenapa suma kawan kawan ayah diorang hantarkan ke sekolah kenapa bukan aku.. kenapa ayah kawan kawan aku belikan diorang aiskrim kalaw diorang mintak tapi kenapa aku mintak ibu yang belikan kat aku bukan ayah.. sekali lagi aku hanya dapat jawapan bagi soalan soalanku dengan senyuman dan air mata ibuku.. akhirnya aku ambil keputusan untuk berhenti tanya..

kini setelah sebelas taon berlalu aku semakin mengerti.. aku baru paham dan mampu jawab sendiri suma soklan aku duluw.. aku mampu terima hakikat sedikit demi sedikit.. tapi bohongla law aku cakap aku tak bersedih and tak kesah ngan suma ney.. sejujurnya jaoh lam sudut aty aku still da perasaan cemburu setiap kali teman teman bicarakan soal ayah diorang or samting sal ayah diorang..  ya aku cemburu yang teramat sangat terutama taim raya.. aku tak mampu sembunyikan riak muka and tangisanku di malam and pagi raya.. tapi aku pujukkan aty and aku taw Allah lebey sayangkan ayah and ayah da gembira ngan kehidupan di sana insyaAllah    =)

aku taw setiap permulaan pasti da pengakhiran.. setiap yang hidup pasti akan mati cuma kita taktaw bila dan bagaimana..

wat sahabat, aku harap kaw sentiasa tabah and ikhlas trima ketentuan yang diberikan.. setiap sesuatu ada hikmah di sebaliknya.. and yang pasti Allah tahu apa yang terbaik wat hambaNya.. aku doakan kebaikan dan kesejahteraan wat emaknya  (:

Wednesday, February 23, 2011

kenapa dia??

tadi sebab bosan
aku gi satu laman web neyh
nak taw apa???
oke youtube!
emm xtually aku bukan la ghajin sangat melawat laman neyh
kecuali aku da betol betol bosan sangat taktaw nak wat apew dah
aku dengar la lagu apew yang da kat situ
ikot mood aku taim tuh


tadi search punya search
aku terjumpa la satu lagu neyh
"tolong ingatkan aku"-ana raffali
aku tak minat sangat artis neyh sebenarnya
tapi aku suka imej yang dia bawak
sebab menonjolkan pakaian Islam
*tapi law dy pakai tudung ase lagi cumell kan? ^ ^
dan suka lagu lagu dy
sebab da maksod mendalam yang dy sampaikan :)


tapi aku mushkil satu perkara
asal eh suma klip video da abg ajim
ohh demn!!
siyes aku tak puas aty
taw tak ko da wat aku CEMBURU cik ana.. huh!


abg ajim tu aku punye la !! >.<

Monday, February 21, 2011

manusia mudah lupa

manusia mudah lupa??
ya.. tak kira siapa kita and apa bangsa kita
kita selalu lupa, alpa, lalai

kenapa??
jawapannya kerna kita terlalu seronok ngan dunia
seronok ngan kawan kawan sekeliling kita
dengan persekitaran kita
sampaikan kadang kadang kita lupa
sapa kawan and sapa lawan kita
kita lupa sapa Pencipta kita
kita lupa sapa keluarga kita


err.. xtually apew aku nak gtaw sebenarnye ye??
huhu..
tetiba aku jadi blur.. haishh
hurmm..
maaf ye.. nanti law dah ingat aku update balik.. haha
(sengal kan!) = ='

Sunday, February 13, 2011

modul 4 : explorace

cam besa setiap taon mesti da modul.. tapi bagi aku modul sem ney ase paling best sebab takyah nak pasang telinga dengar ceramah bagai.. da penat dengar.. bukan pew, setiap sem ceramah benda yang sama penat wOo.. berbalik  ngan modul sem ney kami memerlukan kekuatan mental and fizikal bawu ley abeskan modul neyh.. sapew tak cukup ciri ciri ney sila bagi surat emsee oke! hehe

explorace ney takde la mencabar sangat.. aktiviti dia tak terok terok pown cam kowang dok tengaok kat channel astro 701 ataupun tv3.. ney juz simple simple je.. mane tak nye.. da dekat seribu student dyorang nak handle kan.. law wat terok kang tak cukup ambulans plak nak kena panggil.. pastu satu group da pat puloh orang.. bagi aku sangat sangat sangat sangat ramai nak gerak ke mana pown.. setiap cekpoint nak kena tunggu suma ahli ada bawu ley wat task.. leceh kan?? watnye da yang tak bagi cooperate cane nak menang.. tapi alhamdulillah group aku sumanya oke even juz terdiri dari sorang laki n 37pompuan law nak compare ngan group len yang paling kurang da laki lbey dari 5 orang.. hahaha

sangat memenatkan sebab kena lari 1 uitm.. law kecik takpe.. balik baik umah suma pakat dok jalan cam robot.. sakit badan la, belakang la, kaki la, tangan la, and bagai lagi temasok lah aku.. huhu.. nak dudok ase tak senang, berdiri pown sama taktaw nak wat cane gi.. sok dah la mula klas, taktaw la cane.. huhu.. papew pown yang penting enjoy =D






ney la 'HERO' kami.. haha

Wednesday, January 19, 2011

Awk rapat-rapat dgn sy..syg awk!




Di suatu malam depan panggung wayang…

Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?
Nobita : A’ ah xbosan. Best!
Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.
Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.
Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun menuju ke i-City..

Sizuka : Awk, sy cantik x?
Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..
Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun tiba di i-City..

Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.
Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu
Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..
Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..
Nobita : Errr~ huhu..

Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.
Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.
Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu
Nobita : Errr~ huhu..

Mereka pun pulang..

Sizuka : “Awk, awk syg sy x?
Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa
Sizuka : Buktinya??
Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe
Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu
Nobita : Eh..errr~ huhu

Sizuka :  Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
Nobita : Eh..mestila! hehe
Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~
Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??
Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.

Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!
Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah...awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~

Suasana bertukar menjadi suram...sehinggalah nobita mula meluah perasaan...

Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???
Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi...awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan...kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..

Nobita : ......

[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]

peringatan utk semua, beribu kali peringatan utk diri y teramat hina ini~