Monday, June 4, 2012

Rindunya rasa kalau tak dapat dating dengan DIA tambah-tambah lagi kalau tak dapat "dating"dengan dia untuk 5 kali sehari, tak sah lagi tak lengkap hidup ini rasanya. Tambahan pula tak kala terdengar panggilan dari –Nya lagi bertambah tak sabarlah diri ini lagi untuk "dating" dengan DIA.
"اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ.
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ.
أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّداً رَسُوْلُ اللهِ. أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّداً رَسُوْلُ اللهِ.
حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ
حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ
اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ. لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ
Hebat sungguh penangan panggilan mu Ya Allah .
Ya Allah, izinkanlah diri ini untuk sentiasa dapat "berdating" dengan mu bukan sahaja sehingga akhir hayat ku tetapi sehingga dapat ku "berdating" dengan mu di Syurga mu Ya Allah untuk selama-lamanya.

"Dating"
Risau hati ini memikirkan untuk "berdating" dengan DIA.
Dah cantik ke aku nie? Perlu pakai mekap tebal-tebal ke atau perlu menambahkan perhiasan lagi ke pada diri ini?
Ye ke perlu semua tu, TIDAK. DIA, Allah tidak melihat semua itu, cantik rupa secara zahirnya dan tak mampu jika nak dilawankan dengan cantiknya hati mu yang tersembunyi di dalam zahir mu itu untuk "berdating" dengan DIA. DIA hanya memerlukan hati mu yang ikhlas semasa bertemu–Nya, ikhlas menghadap–Nya dan ikhlas menyembah-Nya dalam sujud mu.
Berhias? Perlukah?
"Berdating" dengan DIA cukup hanya menutup aurat tak perlulah nak berhias-hias. Malah disuruh–Nya lagi menutup segala perhiasan mu yang tersembunyi kecuali muka dan kedua telapak tangan mu. Aurat mu penting ketika bertemu dengan–Nya.
Mudahnya "berdating" dengan DIA,
Indahnya dapat "berdating" dengan DIA,
Tak rugi "berdating" dengan DIA,
Ini yang membuatkan hati ini lagi bertambah sentiasa ingin sangat "berdating" dengan DIA, "berdating" dengan DIA di dalam solat ku, berbicara, menyembah dan sujud kepada–Nya dan aku ingin DIA menjadi kekasih ku dari awal pertemuan sehinggalah akhir hayat ku, Insyallah.
Ya Allah, izinkanlah untuk aku terus dan sentiasa dapat bertemu dengan mu, tak kira dimana, tak kira ketika.
Aku ingin "berdating" dengan mu setiap masa Ya Allah.

perokok juga ada hak?


Betulkah perokok juga ada hak?

Ya! Hak untuk mengetahui hakikat sebenar harga sebatang rokok.
Dengan membayar 50sen untuk sebatang rokok, anda sebenarnya membelanjakan:

·            24sen untuk cukai hasil tembakau
·            14sen untuk keuntungan pengilang rokok
·              5sen untuk peruncit
·              1sen untuk keuntungan pemborong/pengedar rokok
·              1sen untuk dinikmati penanam/pengawet tembakau

Nilai sebenar sebatang rokok hanyalah 5sen!!
Setiap rokok yang dihisap, anda sebenarnya meghadiahkan diri dengan:

   ·         20 kali lebih risiko kanser paru-paru
·              10 kali lebih ancaman penyakit paru-paru
·              10 kali lebih padah saluran darah tersumbat
·                 4 kali lebih ancaman serangan jantung
·                 2 kali lebih risiko serangan strok
·              50% risiko kematian akibat tabiat merokok

Paling utama, anda juga sebenarnya menghadiahkan penderitaan kepada orang yang selama ini menyayangi anda..


                                                                                                    Sumber: Majalah Keluarga Mei 2012