Friday, September 30, 2011

polis oh polis

ntah kenapa sejak kebelakangan ney idop aku 'dikelilingi' dengan report2 polis..


yang pertama:

Da hampir 5 bulan aku wat report polis sal kehilangan lappy kesayangan aku.. bukan lappy aku sorang saja oke.. 2 lagi lappy teman serumah, sebilik, sekampus juga sekelas dan juga.. ada lagi wehhh.. 2 tepon bimbit and kasut sport kepunyaan tunang rakan serumah aku turut dirompak oleh manusia yang tak berperikemanusiaan.. ya sangat sangat tak berperikemanusiaan bagi aku.. kenapa?? sebab taim tu xsaignment dari awal semester aku untuk semua subjek tersimpan dalam tu yang semuanya hampir siap dan dah pown siap.. dalam tu gak da semua nota nota ringkas untuk setiap subjek aku nak study..


Wehh taw tak aku ada test esok tu? taw tak aku ada presentation hari selasa and rabu tu (3 ary pas 'hang' curi laptop aku tu?? tak pi-k aku student yang sangat sangat perlukan laptop kew hah??? gara gara laptop ilang 3 ary aku tak tido langsong nak siapkan balik semua xsignment tuhh.. kejam betol 'hang'.. adess!! siyes aku tak kan maafkan 'hang' sampai bila bila walau apa alasan 'hang' kecuali 'hang' pulangkan balik laptop aku tuh.. huhu


Oke, berbalik pasal crita report polis aku tadi tu, pas ilang pagi tu jugak aku ngan member aku gi balai polis wat report.. dipendekkan crita, baru petang tadi aku dapat panggilan dari balai polis arau kata pencuri tu dah ditangkap.. ntah betol ntah tidak aku tak brapa yakin sebab macam tak percaya macam benda dah lama.. tapi kalo betol alhamdulillah......  ^_^




yang kedua:

minggu lepas adik aku xcident 200m dari umah.. syukurlah takdak cedera terok selain calar2 kat badan dia melainkan motor dia ja yang parah..  hancur teros bahagian depan langgar dengan motor jugak.. so kena la wat report jugak......






yang ketiga:

minggu ney plak jadi kes kecurian kat ofis tempat aku praktikal sekarang.. kilang dicuri hampir RM21,000 tunai oke! banyak tuhhh... sangat sangat banyak.. so pagi tu jugak bos pi wat report kat balai polis and sekarang dalam siasatan.. semua pekerja termasok pekerja bangla tutut diambil cap jari dan disoal siasat.. dianggarkan  ney semua angkara orang dalam jugak sebab tak pernah orang taw da dwet sebanyak tu aritu.. sebelom ney teros bank in dwet je lam akaun bos, tapi kebetulan hari tu ari sabtu and bank tutup.. hadoiii.. benda nak jadi macam macam kan.. huhu









* peringatan untuk diri aku sendiri : jangan terlalu percaya ngan orang even dia orang yang paling rapat ngan kita   :)

Wednesday, September 28, 2011

Alasan Mahasiswa Yang Kantoi Exam


Jika kita lihat dari kiraan hari ini, sebenarnya bukan salah mahasiswa/i bila dia tidak lulus ujian,
Sebab bagaimana nak lulus, nak belajar pun dia tidak sempat…
Tahukah anda, setahun itu hanya terdapat 365 hari yang kita tahu sebagai tahun akademik … Mari kita kira!


Hari Minggu
52 hari dalam setahun. Anda pasti tahu bahawa hari minggu itu adalah hari istirehat. Baki tinggal 313 hari.
Hari Cuti Umum
Lebih kurang terdapat 30 hari cuti umum dalam setahun, misalnya tahun baru, hari raya, dsb… Baki tinggal 283 hari.
Cuti Semester
Semua pelajar akan bercuti dan tidak akan ada kuliah. Biasanya lebih kurang 2 bulan lebih, anggaplah lebih kurang 60 hari.
Baki tinggal 223.
Tidur yang paling baik adalah 8 jam sehari untuk kesihatan, jadi 120 hari digunakan untuk tidur. Baki tinggal 103 hari.
Beribadat
Paling tidak setengah jam sehari kita beribadah, kita anggarkan 8 hari dalam setahun. Baki tinggal 95 hari.
Bermain
Hal yang paling baik untuk kesegaran dan kesihatan adalah bermain. Paling tidak memerlukan 1 jam sehari. Digunakan lagi 15 hari. Baki hari tinggal 80.
Makan :
Sekurang-kurangnya selama satu hari kita habiskan sejam untuk makan atau minum,hilang lagi 15 hari. Baki tinggal 65 hari.
Berborak
Jangan lupakan, bahawa manusia adalah makhluk sosial yang memerlukan berinteraksi dengan orang lain. Kita ambil 1 jam sehari untuk berbual. 15 hari terpakai lagi. Baki tinggal 50 hari.
Sakit
Manusia memang kadangkala sakit, tak kira teruk atau pun tak. Paling tidak 5 hari dalam setahun dikira. Baki tinggal 45 hari.
Exam
Exam itu sendiri biasanya dilakukan selama 2 minggu persemester. Bererti, 24 hari sudah dikhaskan untuk exam.
Baki tinggal 21 hari.
Refreshing
Untuk menyegarkan fikiran, refreshing itu perlu. Tgk wayang dan jalan-jalan paling tidak dihabiskan 5 hari dalam setahun. Baki tinggal 16 hari.
Surfing Internet
Zaman sekarang ni mesti layan internet untuk mengetahui perkembangan isu semasa atau layan facebook atau paling tidak pun layan page gmbar2 lwk dan video gempak . Kira paling sedikit masa pun purata sejam sehari, kita memerlukan 15 hari setahun.
Jadi baki tinggal 1 hari.
Satu hari yang tinggal tu kan HARI JADI….!!! Mana boleh belajar! =))

Cara mudah mencari muka surat dalam Quran


     

Assalamualaikum.
Mari berkongsi…..
Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!
Mari Kita Cuba ….! 
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada2 benda
yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga
Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1
kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah
melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala,
tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri
bukan diciptakan manusia)
Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka suratsetiap juzuk
Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula
matematik ringkas, kita dapat tau muka suratsetiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar...
Contoh 1     
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman
82. Menarikkan?
Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182
Contoh 3 
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, memang menakjubkan kankawan2. Sama2 kita kongsikan kepada
kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala…
Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya dan
berkongsi dengan rahsia Allah ni.

Friday, September 23, 2011

24 Perkara Jangan Dilakukan





1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S. W. T.

2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)

6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.

7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.

8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.

11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.

14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.

17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.

18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH

19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.

22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya.

24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata ‘jangan’. Sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya  ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.


credit  from here

Tuesday, September 20, 2011

cinta muka buku

ntah kenapa 2,3 ary ney aku slalu tringat kat dia, kenangan kenangan aku dan dia, kata kata dia... aghhh!! ase nak jerit kuat kuat bila kenangan lama menghantui kembali idop aku..

ney suma gara gara aku terbukak muka buku (fesbuk) dia 3 ary lepas.. sejak ary tu tiap kali bukak muka buku mesti nak masok profile dia, tengok gambar gambar dia... ntah kenapa aty ney ase rindu nak tegur dia balik, berbual and bergurau ngan dia macam dulu balik.. jumpa?? asenye aku tak kuat lagi nakjumpa dia dalam masa terdekat neyh.. aku takot nanges bila berhadapan ngan dia.. kenangan kenangan 'kami' terlalu indah bagi aku.. semua tu aku akan simpan jaoh lam aty aku tak perlu sapa pown tahu.. tapi hakikatnya yang lepas tetap yang lepas.. untuk hari ini and masa akan datang kita perlu teroskan idop dengan apa yang ada di sekeliling kita sekarang.. huhu



hope 'si dia' epy and bahagia ngan kehidupan dia sekarang.........

Friday, September 16, 2011

Esok Belum Pasti

kata orang, hidup perlu ada angan-angan barulah kita 
bersemangat merancang dan melaksanakan apa yang diangan-
angankan. Namun dalam kisah para sahabat Nabi Muhammad s.a.w,
hidup mereka 'pendek' dengan angan-angan. Malah itulah prinsip
hidup mereka yang menjadi kunci ketenangan yang mereka miliki!
Prinsip itu ialah hidup dalam lingkungan hari ini dan tidak perlu
bimbang yang jauh-jauh. Usah tercemar dengan esok yang masih
samar-samar. Tugas mereka bukan melihat apa yang terletak jauh
dan masih kabur di hadapan, tetapi bertindak dengan apa yang
berada di genggaman. Itulah yang sering mereka pesankan.
Mafhum hadis ada menyatakan bahawa jika mereka hidup
pada waktu pagi, mereka tidak menyangka akan terus
hidup sampai ke petang. Oleh sebab itu,
mereka tidak menangguhkan amalan kebaikan, juga tidak
menagguhkan taubat daripada perbuatan kejahatan!  ^.^

Tuesday, September 13, 2011

saya anak malaysia!

semangat betol bila tengok budak budak kecik berbasikal dengan penoh bendera malaysia terpacak di depan and belakang basikal masing masing.. pelik jugak kenapa tetiba ramai sangat budak budak yang hias basikal cantek cantek and berpakaian baju raya pagi pagi ceni.. rupanya sekolah tadika depan kilang aku neyh ada wat jamuan raya.. kebetulan taon ney kan kita sambut raya and merdeka skali..


mybe cikgu tadika diorang da wat pertandingan basikal berhias kowt.. masing masing naek basikal ngan megah sambil jerit MERDEKA ramai ramai.. peghh semangat gila.. bagi aku sendiri bagosla kalo cikgu di sekolah sekolah ada inisiatif macam ney.. pupuk balik minat budak budak budak ngan semangat patriotisme.. kenalkan balik mereka ngan pahlawan and wira wira negara.. biar diorang tahu erti kemerdekaan and hayatinya sendiri kerna merekalah bakal mewarisi and memimpin negara satu ary nanti (chewahh ..)






* gambar gambar ney diambil dari cik google je sebab tak sempat nak amek gambar diorang tadi..huhu..tapi yang pasti basikal budak budak yang aku tengok tadi lagi menarik and sangat cantek (kalo boley aku pown nak dok situ tangkap gambar aw)  ^_^








Thursday, September 8, 2011

speechless

da lama sangat aku tak tulis atau luahkan sesuatu lam blog aku neyh.. idea berlambak lambak untuk dicurahkan, tapi setiap kali ada kesempatan bukak blog, jari jemari berlari-lari anak di keyboard, akal pulak membeku tak keluarkan apa pown untuk dicurahkan..


(10 minit kemudian)..

tangan pegang mouse bawak ke ujong kanan belah atas tanda 'X' and tekan...   =.=



* maybe sebab dah ada tempat untuk dicurahkan kasih and segalanya  :)     ilu darling    ^,^