Monday, October 31, 2011

ada apa ngan nama??

ohh.. hari ney bohsan gile mai ofis.. besala sekarang ney ngah menghitung hari nak abeskan praktikal, bos pown da malas nak bagi keja banyak.. *padahal memang jarang ada keja banyak pown..huhu.. pagi pagi cam besa bukak radio hot fm lah nak ceriakan pagi aku kononnya.. pastu bukak plak laptop, men game.. hehe.. bohsan lagi bukak lak fesbuk ngan blog neyh.. da teramat bohsan sangat taktaw nak buat apa tingat plak tak abes khatam lagi blog cik abg neyh *padahal dia tak kenal aku pown.. hampeh! so aku bukak and baca la blog dy dari first entry sejak kemunculan blog dy.. then, aku tertarik ngan satu entry di ney.. pasal apa, nah baca sendiri ye  :')


da abes baca aku tingat pasal bual bicara ngan ustaz ape ntah namanya semalam dalam 'Tanyalah Ustaz' setiap malam kat tibi9.. kebetulan plak.. kata ustaz tu orang sekarang ramai yang suka letak nama panjang panjang, pastu kadang kadang tu tak membawa maksod apa apa pown.. zaman mmoden lah katakan, nama pown kena la seiring ngan zaman.. kesian kat budak tu.. yela, kan kata kata or panggilan tu sendiri membawa doa.. contoh aku bagi nama dy ABDUL AZIZ.. peghh nama bukan main sedap.. maksod pulak hamba Allah yang mulia.. tapi kawan kawan panggil BOBBY.. ney contoh oke! so ape makna bobby tu sebenarnya? kan kew tak membawa maksod apa apa..


aku petik sket ayat ustaz semalam cakap yang aku ingat " tanggungjawab ibu bapa kepada anaknya setelah melahirkan adalah WAJIB menamakannya dengan nama yang elok dan cantek.." kalo ibu bapa bagi nama yang tak elok kepada anak contoh HAZAN yang bermaksod berdukacita, secara otomatik setiap orang yang panggil namanya sentiasa mendoakan dirinya agar sentiasa bersedih or berdukacita.. and yang jugak trend orang zaman siber neyh gabungkan nama mak and ayah konon konon lambang cinta abdi depa pastu bagi nama kat anak.. macam contoh mak nama safrina, si ayah nama ihsan, so terhasillah nama anak SAFIH IHSAN.. taw maksod apa? manusia yang bodoh.. haishh.. tak kesian kew kat budak tu setiap kali orang panggil nama dy,orang mendoakan dy camtu..


kata ustaz semalam tu lagi, elakkan bagi nama anak yang panjang panjang sebab ia akan menyusahkan juga membawa penyakit kat anak tu sendiri bila dy da besar.. yang ney aku tak brapa pasti, tapi ustaz tu cakap ceni la semalam.. maybe kalo anak perempuan susah taim nak akad nikah nanti mana nak taw kan.. wallahu'alam.. huhu


so kesimpulan kat sini bagi la nama anak yang baik, pendek, ringkas, senang nak panggil and yang paling penting membawa maksod yang baik.. i.allah berkat maksod yang baik di sebalik nama tu sendiri membawa maksod yang baik dan bagi kehidupan yang baik juga dalam kehidupan anak tu..



p/s: jom sama sama tambah ilmu tengok 'Tanyalah Ustaz' setiap malam kat tibi9 and rancangan '30 Minit Bersama Ustaz Don' setiap hari isnin-rabu koi 10.30 malam kat tibi al-Hijrah   


 yang baek kita sama sama share ye dak??   ^_^

Saturday, October 22, 2011

aku ghasa pelik bila....??

yeah.. aku ghasa pelik bila.......


eh bukan sebab aku tak makan nasik oke! (err.. ada orang baru taw kew?) oke, aku tak makan nasik langsong sejak aku lahir.. so sekarang da duopuloh taon aku memang tak makan nasik.. aku bohong? takdak maknanya aku nak bohong.. ney ucapan and kata-kata yang keluar dari mulut mak aku sendiri setiap kali orang tanya..

da orang penah tanya aku " eh boley idop kew tak makan nasi?" abes yang aku berdiri depan korang tu ape? mayat aku? hampeh tol law dengar soalan camni.. boley pulak tanya soklan yang tak masok dek logik, tak tercapai dek akal fikiran.. huhu


satu lagi kata-kata yang agak menusuk lubuk jantong aku.. "patotla kecik je, upanya tak makan nasik..." excuse me! nasik ley buat orang gemok kew? kalo betol sila bagi link kat aku yang da professor, pengkaji or sape sape yang penah buat ujikaji pasal ney.. kalo betol nape adew je orang yang makan nasi still isau sal berat badan diorang? maksod aku sesetengahnye.. da yang pulun wat macam macam cara nak nek berat badan sampai terciptanya satu produk GAIN WEIGHT.. adew plak yang sesetengahnye isau sal BMI dyorang tak mencapai average yang mencukupi.. still under average.. nape? semua orang orang yang mempunyai masalah ini tak makan nasik jugak kah?? (ayat skema plak..)

HUH!

bagi aku la law tak makan nasik boley je teroskan idop cam orang besa yang makan nasik.. kat Malaysia ney kan banyak makanan laen.. macam macam ada.. senangje nak dapatkan.. mee, kew teow, bihun, kfc, mcd.. yang laen laen hampa sebut sendiri la.. tak larat nak sebut semuanya lam entry ney.. law nak nanti aku wat satu entry baru khusus untuk makanan makanan yang ada di malaysia negara tercinta kita neyh.. hehe  ^_^  kalo rajin la ye...


FAKTA : masa aku darjah 3 aku penah terbaca satu artikel benar dalam buku MASTIKA yang menyatakan seorang atlet negara (luar negara) biarpun dia ditawarkan dengan satu juta dolar untuk menghabeskan sepinggan nasik di hadapannya dia menolak dan meninggalkan tempat tersebut.. and ape yang aku ingat lagi sejak baca artikel ney mak aku tak lagi paksa paksa aku soh makan nasik.. hehe


FAKTA LAGI : siriusly, kalo orang tawarkan aku seratos juta pown belom tentu lagi aku nak makan nasik oke! so takyah nak paksa paksa aku sebab aku suka jadi diri aku yang sekarang    c:




xtually aku ghasa diri aku pelik bila pergi ke sesuatu tempat (termasok umah aku sendiri) bila mana aku ghasa sejuk yang amat orang ase panas.. pastu aku boleh tidor and sangat selesa tido taim tengahari waktu panas or tido tanpa memasang kipas angin dari disuruh tido lam keadaan sejuk or taim ujan (kalo sape penah dok ngan aku taw la keadaan aku camna law keadaan ney berlaku)

kalo pas berlari 100m orang lebih rela mandi dulu baru tido nak lepaskan kepenatan tapi aku prefer tido dulu sebab kalo mandi dulu konfem takkan tido da.. segar je ase..

kalo orang yang baru pas men panas kat tengah padang masok bilik air-cond ase lega, kalo aku lak maw da menggigil gigil dalam bilik tu pas seminit..










da orang  yang ase cam aku ase gak tak??

Monday, October 17, 2011

Kisah Lucu Perlu Kita Fikirkan


Lawak jenaka sememangnya menjadi pengubat duka ketika kita sedang bersedih hati. Kisah-kisah lucu mampu untuk membuat kita bergelak ketawa melupakan sebentar kesedihan yang melanda diri kita. Saya ingin berkongsi kisah-kisah lucu yang mungkin agak berlainan dari yang biasa kita dengar atau baca…
Kisah Lucu Perlu Kita Fikirkan
..
Kisah Lucu Yang Perlu Kita Fikirkan :
Ambillah sebagai pengajaran.. …….terkadang kita lupa diri kita sebenarnya… apa yang kita nampak ialah keburukan orang lain
.
Lucu ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke Mid Valley.
.
Lucu ya, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.
.
Lucu ya, betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung.
.
Lucu ya, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan
.
Lucu ya, betapa seruan dan teriakan yang perpanjangan waktu pertandingan pasukan bola jadi kegemaran kita, tapi betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.
.
Lucu ya, susah sangat baca Al-Quran 1 juz saja, tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.
.
Lucu ya, orang-orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert, dan berebut cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar.
.
Lucu ya, kita perlu undangan seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis ilmuan supaya boleh dimasukkan di agenda kita, tapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual dinner atau high tea jadual kita boleh diubah sekelip mata.
.
Lucu ya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah,  tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gossip.
.
Lucu ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan di e-mail layang di internet, tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan Al-Quran.
.
Lucu ya, semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus beriman,berpikir, berbicara ataupun melakukan apa-apa.
.
Lucu ya, kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan surat berantai lewat email, tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering mesti berpikir dua-kali.
,
.LUCU TAK?
.
Kisah Lucu Perlu Kita Fikirkan





Tepuk dada…tanyalah hati & iman

my face!

ney la bila dah takdak keja
eh silap..
bukan takdak keja
tapi malas nak wat keja
huhu
 bosan menunggu lecterer
yang kononnya nak datang melawat
or lebey sedap ayat
nak pantau aku kat tempat praktikal
huhu


alhamdulillah sumanya oke
hope dapat la markah tinggi ye puan lect  ^_^


 
 c: 

 like this pic  ^_^

 syok sendiri.. hehe

 bohsan... 

 kembar??

 ayu oke!

 bajet cun
 muka berseri-seri
 geram!!

 tido jap..

 lots of luv  ^_^

 i'm a witch

 erk??

fokus!!

Wednesday, October 12, 2011

epy anniversary

 


yeah! rini cukup 3 taon aku bersama ngan 'dia'..  and 5 taon kami kenal.. lama kan?? hehe  ^_^
orang kata cinta jarak jaoh ney susah, banyak cabaran, dugaan and rintangan.. takpe la takmaw cakap panjang.. harapan aku cuma:
  •  aku ngan dia boley lebey memahami antara satu sama laen
  •  hubungan kami teros berkekalan sampai akhir hayat
  • dan yang paling penting, hubungan kami direstui keluarga masing masing and hubungan kami berakhir ngan sebuah ikatan yang sah.. tolong doakan ye.. huhu




 





orang yang aku sayang

12 OKTOBER 2011
rini (semalam) genap usia blog aku
da masok setaon pown umo dy
109 post, 22 followers
ahh aku tak kesah pown pasal followers tu sebenarnya
pasal blog ney wujud
untuk luahan aty aku je
then aku selit selit
ngan ilmu or pape isu yang menarik minat aku
takot followers aku bosan lak
law asyik asyik kesah aku aku je
ye dak??  c:



kalo sape nak taw blog ney
sama tarikh ngan arwah ayah aku meninggal
10 taon lepas  :'(
punca kematian : kanser usus
kalo sape yang ingat 
entry pertama yang terhasil
dalam blog ney jugak
sal ary kematian arwah ayah aku



ayah da pergi meninggalkan aku
hampir 10 taon
sekarang  orang yang aku anggap pengganti ayah
tempat aku bermanja
tempat aku menumpang kasih
tempat aku bergurau
dalam idop aku
iaitu paklang aku
juga telah pergi untuk selamanya
tanggal 07 OKTOBER 2011
punca kematian : kanser pancreas
sedeynye Allah je yang taw



semoga roh arwah ayah
juga roh arwah paklang 
ditempatkan bersama sama para solihin
aminnnn....
AL-FATIHAH






 keadaan arwah paklang selepas operation


selepas dibenarkan pulang dari hospital






setiap yang hidup pasti akan mati
setiap yang bernyawa pasti akan kembali kepada Pencipta-Nya

Sunday, October 9, 2011

APA BOLEH BUAT??




cakap pown tak dengar
dengar pown tak paham
tak faham pown takmaw tanya
tanya pown takmaw buat
buat pown buat salah
salah pown tak ngaku
ngaku pown takmaw betolkan
betolkan pown tak puas aty
tak puas aty pown takmaw cakap

so...


APA BOLEH BUAT???   ^_^

Thursday, October 6, 2011

SAYANGNYA ALLAH PADA PEREMPUAN

.
SAYANGNYA ALLAH PADA PEREMPUAN

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG

Nak kena tutup sana, tutup sini

Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

Perempuan, stoking pon kena pakai

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

Komfem x tahan bertutup semua

Tapi, perempuan cool jek

Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Tiap2 bulan, mesti ada penyakit

Nak pergi kelas pon susah

Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

Cuba tengok budak lelaki , selamber jek

Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

Hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Hati ni Allah jadikan lembut betul

Cepat jek sensitif

Cuba tengok orang putus cinta

Selalu perempuan yg paling susah nak lupa

Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

Siapa yg paling teruk menangis

Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

Lembut tak lembut hati perempuan

Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

Hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk Dengan Allah

Diorang cakap, Allah x adil

Kenapa Allah lebihkan lelaki

Kenapa perempuan kena dengar cakap suami

Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg bebel

Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

Kesian kan kat diorang

Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

Persoalannya sekarang

Betul ke Allah x adil dengan perempuan

Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya

Betul, isteri kena ikut cakap suami

Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

X adil lagikah Allah pada perempuan

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

MashaAllah, hebatnya perempuan kan

Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

Banyak lagu pasal perempuan kan

Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

Jarang kita dengar lagu pasal lelaki

Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...

Orang akan cakap:

'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

Kita x pernah dengar orang cakap:

'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu

Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

Perempuan senang nak masuk syurga

Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

X adil lagikah Allah dekat perempuan

Oh perempuan, sedarlah

Betapa sayangnya Allah dekat kita

Betapa cintanya Allah dekat kita

Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan

Sekadar perkongsian bersama

~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~

Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi