Sunday, May 22, 2011

anak buahku =)

petang tadi gi ziarah sepupu aku merangkap bestei aku sebab kitowang sebaya.. ye sebaya pada umo tapi berbeza kehidupan.. maksod aku dia da idop bekeluarga tapi aku still bujang trang tang tang.. haha


tadi gi ziarah dia pown sal nak tengok baby chumill dia yang bawu umo 8 ary.. alahaiiii cute sangat sangat.. geram ase nak cubit cubit pipi.. *aku ney memang pantang sket tengok baby.. hehe.. lam aty cemburu pown adew.. cemburu?? erkk~ sebab ape ye?? haha.. ofkoz cemburu ngan kehidupan dia yang sangat bahagia di samping suami terchenta and baby chumill.. cemburu ngan umo seusia dia da mampu pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri sekaligus seorang ibu mithali, i.allah... aku?? huhu.. entahla.. siapa agak agak yang sudi jadi peneman sampai akhir hayat aku and sama sama bina sebuah keluarga bahagia.. wallu'alam.. hanya Allah yang mengetahui..  ( peghhh angan angan tinggi melangit! )



.
.
.
.
.

(nak masok pikce usb plak xdew.. huhu)






>> aty melonjak lonjak nak baby tapi takmo ngandong.. ley tak camtu?? haha





buat sepupu tersayang FARAH ADIBA
moga bahagia di samping suami terchenta MOHD KHAIRUL
and si chumill FARAH DAMIA
and moga kekal sampai syurga ye  c:

Thursday, May 19, 2011

boy VS gurlz


sambungan dari sini   ^.^



perempuan lebih submisif,
 iaitu mudah mengalah, lebih mudah terkesan dengan
tekanan-tekanan sosial, 
dan lebih responsif kepada keperluan orang lain.
 lelaki pula, mereka lebih banyak memulakan interaksi dan 
mereka juga lebih banyak mencelah orang lain dan juga lebih banyak tidak peduli 
dengan kata-kata orang lain berbanding wanita.




Orang perempuan
apabila risau atau mengalami ketegangan
mereka akan menceritakan masalahnya kepada orang lain. 
namun bagi lelaki
mereka lebih kerap mendiamkan diri apabila
bermasalah.




Bagi perempuan 
mengalah itu tanda sayang dan pengorbanan.
tapi bagi lelaki 
mengalah itu tanda lemah dan tiada prinsip kukuh.



walau ada beratus perbezaan sekalipown
lelaki dan perempuan saling memerlukan
dan perbezaan ini
yang akan mengeratkan
sekaligus
memenuhi kekurangan masing masing











semoga kita lebey memahami pasangan masing masing  c:




Tuesday, May 17, 2011

apew yang lelaki mahukan??

sapa cakap kaum pompuan ja yang susah nak paham.. lelaki pown apa kurangnya.. ntah apew yang diorang nak lam sesuatu perhubungan erk??.. kesetiaan? kejujuran? tanggungjawab?




SITUASI 1:

siti (bukan nama sebenar) dan abdul (juga bukan nama sebenar) dah lama berkenalan dan berkapelan. *erk?? usia perkenalan diorang boley diibaratkan law kawen dah ada anak pown.. sangat lama.. masing masing da saling kenal aty budi apalagi family dua dua blah pihak pown da kamceng sangat ngan pasangan masing masing.. namun usia perkenalan bukan penentu segalanya.. sedangkan lidah lagi tergigit inikan plak orang berchenta.. even siti and abdul saling menyintai tapi ntah silapnya di mana abdul mula berubah prangai.. biar pown siti jujur ngan abdul, tak penah menipu apalagi nak menduakan abdul namun abdul tetap bersikap dingin.. kasih sayang dan kata kata siti tidak lagi diendahkan abdul..



SITUASI 2:

masa zaman sekolah lagi ahmad (buka nama sebenar) da berkenan kat sorang awek ney.. nama awek tu minah (juga bukan nama sebenar).. minah ney budak junior dy.. senyuman dan kecomelan minah membuat dy tertarik sehinggakan sanggup menjeling jeling minah dari arah jaoh.. setelah 5 taon berlalu ahmad bertemu semula ngan minah and tanpa membuang masa ahmad menyatakan hasratnya ingin menyambong kaseh bersama minah sebab dy takot kehilangan minah lagi.. setelah melihat ketulusan aty ahmad minah setuju dan mereka jadi pasangan yang sangat bahagia kalahkan orang yang baru pas kawen.. tapi hubungan mereka tak lama.. baru beberapa bulan si ahmad tetiba tarik diri.. katanya dy takdak komitmen lagi nak serius lam hubungan.. kejadah!! alasan takley pakai langsong..



SITUASI 3:

fitri dan mira sama sama berkenalan di unibersiti.. setelah mengenal aty budi kedua duanya sepakat nak berchenta.. setiap masa terluang sering dihabiskan bersama tak kira waktu sarapan, lunch, dinner, supper, nengok wayang, makan angen and macam macam lagi.. perhubungan diorang jugak hampir diketahui hampir seluruh unibersiti mereka.. boley dikatakan pasangan 'HOT' jugak lah kt yu mereka.. mira cukup sayangkan fitri and sanggup lakukan apa sahaja demi fitri.. tabiat playgirlnya tros dibuang ke tepi semata mata nak setia kat fitri sorang.. even fitri seorang yang setia tapi belakang mira dy still melayan pompuan laen and sering mengupload video dan gambar gambar lucah pada masa terluang.. 


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


cukupla kowt aku bagi 3 contoh ney kan.. so apa yang kowang nak katakan pasal lelaki?? xtually apa yang sebenarnya lelaki inginkan lam sesuatu perhubungan?? nafsu? kepuasan? 


buat kaum lelaki.. ingatlah, pompuan jugak ada perasaan.. pompuan bukan mintak sangat dibelai, dimanja doplohpatjam! juz sekadar diberi perhatian lam tempoh beberapa minit and buat dirinya rasa dihargai ghasanya da cukup kowt.. 


*asal skema sgt ayat ayat kat atas neyh?? haha.. abaikan!

>> cerita cerita di atas adalah benar untuk dijadikan pengajaran

Monday, May 16, 2011

H.U.T.A.N.G

da lumrah sekarang ney adat berhutang dalam kehidupan seharian kita.. sejak kita di unibersiti pown kita dah diajar berhutang ngan negara.. cam cntoh PTPTN.. skali pinjam RM15k semata mata nak sambong blajar untuk menjamin masa depan yang cerah.. tapi bila dah utang banyak tuh ntah bila plak nak langsaikan utang tuh..


utang barang pown lebey kurang.. tapi selalu law barang orang tak cakap utang, tapi pinjam.. bila dipikirkan balik bila pinjam barang orang tak pulang pulang tak kew namanya berhutang?? aku da mushkill ngan manusia sekarang neyh.. da pinjam tak reti reti nak pulangkan.. da hutang tak reti reti nak bayar.. tuan punya barang plak yang kena tuntut dwet mahupown barang depa balik.. haishh


dua ary lepas aku pasan sebelah umah aku ney penuh cat umah kat umah dia.. mula mula juz anggap besa.. bila esoknya makin banyak and bagai lukisan budak umo setaon yang tak pandai melukis bercat merah penuh kat dinding aku mula curiga.. aku bukan jenis amek port sangat bab bab berjiran neyh sal kenangan dulu da banyak ngajar aku erti berjiran.. huhu.. tapi bila prati btol btol bawu pasan maybe tu suma kerja ALONG sebagai amaran maybe diorang tak bayar hutang yang diorang pinjam.. mybe diorang da sebab sendiri napa diorang tak mampu lagi nak bayar.. ntahla aku pown tak pasti.. 


apew yag aku nak cakap kat sini law kita tak mampu nak bayar lebey baek jangan pinjam or jangan berhutang ngan sesapa.. bia idop kita sederhana janji tak papa kedana.. kalo nak berhutang or terdesak sangat nak berhutang jangan lupa bayar bila sampai taim.. ney tak, sebelom berhutang mulut manis bagai, tapi bila da dapat ilang lesap entah ke mana..  


>> nak pinjam pandai cari, nak bayar tuan punya badan lak sampai kena tuntut.. haishh
>>>  utang utang jangan dok wat men woii.. bawak ke MATI aw!!

3 minggu berlalu..

rutin harian aku sejak dok umah neyh..



6-8 pagi : solat subuh, kemas umah..

8-6 petang : ngadap komputer men game zombie (sampai da lbey 3kali menang) -benti juz untuk solat ad makan

6-8 malam : ngadap tibi plak tengok sinetron indon

8-9 malam : solat and ngaji

9-11 malam : nengok tibi lagi.. layan cita melayu lak

11- 3 pagi : baca novel

3-6 pagi : zZzZz



* sesapa tolongla bawak aku lari jap dari umah neyh..bosan lol!!

Saturday, May 14, 2011

jatoh chenta lagi!



aku tak pasti ntah untuk kali yang ke berapa aku jatoh chenta lagi.. terkejut?? tu mesti dah da cakap cakap belakang kata aku ney jenis tak setia, playgurl or macam macam gi kan?? ada aku kesah! bia lah pew orang nak cakap asal aku tak wat benda yang salah di sisi agama mahupown undang undang negara.. yang penting aku bahagia.. hehe


jejaka pertama yang da buat aku jatoh chenta namanya BENZ ALIFF.. peghh dah la ensem, bergaya.. dia ney dulu taiko.. taw tak taiko tu apa?? err macam samseng la jugak (kalo tak silap aku).. tapi bila dah lama kenal aty budi dia upanya dia orang yang agak romantik.. cweet gitu.. keh3.. dia suka wat aku senyum ngan gelagat and telatah dy yang boley dikatakan 'cumil' di mata aku.. *orang ngah berchenta memang la ceni kan.. hehe


esoknya aku jatoh aty plak ngan sorang mamat neyh.. nama dia FARIZ.. dy ney pown boley tahan.. garang, kuat bebel tapi senyuman dy ley wat pompuan tros cayer kowt.. cam letak ais kat suhu 100' celcius.. peghh menawan beb.. tindakan and perbuatan dy selalu nampak spontan, tu yang wat aku makin jatoh chenta ngan dy.. hadoiii.. * tapi BENZ ALIFF tetap dalam ingatan



tak sampai 3 ary aku dikenalkan plak ngan sorang mamat neyh dari adik aku.. nama dy HANIF.. nama simple sesimple orangnya.. dy ney agak cerewet, panas baran and suka cari gadoh.. tapi lam masa yang sama dy gak seorang yang sangat baek, caring and loving.. (peghh ayat tak tahan.. haha) first kenal ngan dy mula mula aku meluat gak.. asyik dy ja nak menang and takmaw dengar pendapat and pandangan orang laen langsong tapi bila dah lama kenal.. hehe.. aty pown da terpikat beb.. ^.^








>> semua novel da abes aku baca.. pasni nak wat apew lagi?? seminggu lagi aku ada nak isi masa lapang aku sebelom mula praktikal.. adess... =(

>>> sapew nak bawak aku gi kedai buku neyh nak cari buku baru, ley dapat pakwe baru lagi.. keh3

Tuesday, May 10, 2011

chuti datang lg!!

Minggu lepas aku gi Pulau Aman.. taktaw Pulau Aman kat mana?? Ish3.. kat Penang la.. haha xtually sebelom ney aku pown taktaw kat mana.. bawu je taw..
Siyes best dapat gi sana.. aku gi ngan sepupu and maklong aku.. adik adik aku tak dapat ikowt pasal diorang sekolah.. mak aku lak keje.. aku pown kira naseb la sal ngah cuti sem and takdak buat apa so dapat la ikowt.. keh3


Bagi aku kalo nak bercuti kat sana memmang best.. gpown perbelanjaan pown tak la banyak sangat.. nak gi pulau tu kita kena naek bot RM6 sorang.. lebey kurang 5-7 minit ja nak sampai kat pulau tu.. tapi sapa yang memang mabuk laut takley nak cakap apa la.. mestri ase lama kan.. hehe


Masa aku samapai kat pulau tu angin kuat.. siyes nyaman and tenang gile.. silap silap dok ujong bot tu ley wat cam cite titanic.. peghhh!! Pastu kami pown jalan la gi chalet kitowang.. chalet dy pown takla mahal sangat bagi aku.. RM100 untuk satu malam kalo tak silap aku..  chalet tu cam umah berkembar dua.. da 3 bilik, 2 tandas, dapur, tv suma lengkap.. kebetulan belakang chalet kitowang lak laut.. memang mantap ah.. haha





Tujuan gi sana saja sepupu aku nak bercuti, rehatkan minda and bawak anak kecik dy (umo 2taon setengah) gi jalan jalan.. pastu laki and adik dy nak gi mancing.. kami si kaum hawa yang terdiri dari aku sendiri, sepupu aku and maklong aku lak gi kutip remih je atau nama siantifiknye siput biji nangka.. banyak gile dapat.. ari pertama 1.5 kg kitowang dapat kutip.. ari kedua dua kilo.. puas makan habaq mai.. haha.. malamnye lebey kurang koi 2pg kami pi mancing lak kat jeti tu.. sejuk je ase.. sib baek baek sweater..


Kalo nak taw xtually Pulau Aman ney da jugak orang dok sini.. and adew gak sebuah sekolah rendah kat sini.. kira sekeliling chalet kitowang dew la umah umah orang.. dari sumber yang aku dapat kat sekolah tu juz ada 28 orang student dari darjah 1-6 and 10orang guru je yang mengajar kat situ.. bayangkan dalam satu kelas tak sampai 5orang pown kan?? Mesti sonok sebab dapat tumpukan perhatian and bosan sebab asyik tengok orang yang sama ja kan?? Huhu.. sekolah menengah aku tak pasti sebab sepanjang aku and sepupu aku pusing kat pulau tu tak jumpa pown sekolah menengah.. maybe sekolah klat lua kowt..


Pape pown siyes best gile dapat gi and bercuti kat sana.. sapa sapa yang ase nak tenangkan fikiran, bercuti ngan family, nak tengok laut and merasa naek bot mai la Pulau Aman.. mesti puas, berbaloi and balik ngan senyuman.. hehe


Anyway aku nak wish EPY HOLIDAY kepada sesapa yang ngah bercuti tak kira ngah cuti sem atau cuti keja.. cuti sekolah pown da nak dekat ney so rancang percutian ngan bijak k.. kita kena ingat bukan Negara orang ja cantek and boley pi bercuti, tapi Negara sendiri pown apa kurangnya.. ^.^

 pemandangan kat Pulau Aman

 bot2 yg disediakan utk memancing

 pemandangan dari jambatan PP

chalet kt telaga emas (law xsilap aku) c: