Saturday, October 30, 2010

perancangan clearance

aghhh!!! kemalasan aku semakin menjadi-jadi sejak bermenjak-menjak neyh,, lusa da paper far260,, paper killer tu dohh,,

tadi syok-syok melayan bosan aku neyh saja-saja gi tengok klender,, kira la bapa ary lagi nak abes exam,, (study pown malas,, huh!),, 14 ary lagi??maknanya aku nak blah dari umah ney lam tempoh tu gak la?? aghhh tidak...!! napew aku mengeluh?haha,, bukan aku mengeluh sebab takmaw balik umah tapi memekiokan barang-barang yang tak pek or kemas lagi,, (bukan lagi but langsung! haha)'

so ecok aku da mula membuat perancangan,, aktiviti ecok operasi membasuh beg yang suda berhabok sebab ditinggalkan terlalu lama (maaf cyg,bkan bermaksud aku curang) and selimut ebab suda jarang menggunakannya and kemas barang-barang and buku-buku yang suda tak digunakan and (bapa banyak and da...) study! yup,, that's really2 important,, paper akaun tak sampai 2ary lagi meyza,, tolonglaa sedar,,,

lusa lak masokkan baju-baju lam beg yang suda siap basuh and dibersihkan,, next sambung study!

tulat lak,,, ermm exam laa.....

adew aku kesah....

aku da tak paham ngan sorang minah ney,, tak abes-abes nak wat masalah,, doyaiiiii,,,,,,,,,,,,,,,,,

mula-mula tadi masa abes exam,, ari neyh exam AIS280 kat Dewan Lama koi 9-12 tengahari,, tepat koi 12.15 calon-calon peperiksaan atau pelajar-pelajar yang terdiri daripada kitorang ( and temasok aku ) melangkah kuar dari dewan dengan pelbagai reaksi muka,, adew yang ceria menandakan ley jawab soklan-soklan dan adew gak moka toya tensen nak koma sal tak konfiden jawap soklan-soklan tadi,, huhu

bebalik ngan kisah asal yang ingin diluahkan,, tetiba sorang minah tarik muka and jalan straight jew kew depan tak hirau da kawasan sekeliling,, tu lantak ko la,, aku tak kisah pown even ko tak maw tegur kitowang ( aku and kawan-kawan aku),, tapi tetiba bila on9 facebook tengok aku and kawan-kawan aku tadi da kena remove dari jadi kawan-kawan dia,, huh!

yang lagi wat aku tak paham apa lak salah kitowang sampai ko wat camni,, nak kata kitowang silap cakap kat ko takdew lak asenye,, kitowang adew maki ko lagi la takdew,, ko jew yang slalu maki kitowang kitowang wat taktaw jew,, dew penah ko pi-k and kesah sal aty and perasaan kitowang?? penah kew?? kitowang sebenarnya tak kesah pown even ko da takmaw kawan ngan kitowang,, tak mati and kitowang tak rugi papew pown,, tapi biala besebab,, ney takdew angin takdew ribut apalagi ujan or papew tetiba wat pangai camni,, ko ingat ko da bagus sangat la wat camni??



noted : law ko teros wat pangai camni sampai bila pown ko xdew kawan la,,,,,

Tuesday, October 26, 2010

masalah.....

aghhhh tension giler ah malam neyh...

first sal ecok exam BEL311,,
taktaw nak jawab pew cok,, tak bape nak paham cangat format die,, huhu



second sal kekaseh aty,,
ntah napew wat hal dua tiga ary neyh,, dew je yang tak kena,, da taktaw nak wat camna gi,, =(



thirdly sal ......
emm ntahla,, ney pown satu hal,, pew lak salah aku kali neyh aku pown taktaw,, alih-alih tarik muka ngan aku,, tegur aku pown tak,, doyaiiiiii...... fening fening


Monday, October 18, 2010

dAlAm hEarTy adA tAmaN ;)

aku da baek semula si dia ;)

xsusah upanya nak pujuk suami alik kembali kat pangkuan..haha..asal kena gaya ngan cara tak susah ane pown.. sebenarnya usia perkenalan kitowang yang banyak membantu lam perhubungan neyh.. aku da taw cane nak lembutkan aty dia.. ney istri solehah lah...hahaha =D

first tu cuak gak.. ye ar da kena marah ngan dia kan.. agak first taim la kena marah ngan si dia camneyh.. tapi bila dipikikan balik usia kitowang yang da bersama 5taun ase sayang sangat nak putus camtu jek.. so maw takmaw aku cuba buang ego aku jauh-jauh and cuba pujuk si dia..

kebetulan ari ney jatuh ari anniversary aku ngan si dia yang ketiga.. haha.. tup tup da tiga taun aku da kapel ngan si dia upanya.. ase kejap cangat.. perkenalan yang bermula ngan adik and kakak terikat campy skunk.. haha.. bila diingatkan tersenyum cowang-cowang aku ;)

apew2 pown aku tetap akan pertahankan hubungan kita neyh campai bila pown.. thanx cyg sebab bagi bagi peluang diri neyh utk rasa menyayangi dan disayangi.. hahax

wat si dia si jantung aty saye sayang cgt kat awak =)
hope perkenalan kita campai akhir hayat kita....



sELaMaT uLaNg tAhuN kItA yAnG kEtiGa cYg   ;)

Saturday, October 16, 2010

kesalahanku atau keegoanmu??



Hurmm… aku xpaham napew kali ney aku gado ngan dia..adakah memang salah aku or juz sebab si dia terlalu ego..
First tu aku da kol dia cakap ngan dia elok-elok, gelak-gelak, guwau cam biasa…dia ciap bagi fon kat mak sedara dia gi suh aku cakap…first taim cakap ngan mak sedara dia mulanya ase ketaq cangat..tapi Alhamdulillah bila mak sedara dia cakap ngan aku baek-baek ja..tnya aku bila aku nak gi sana nak kenai..taw tak betapa epynya aku bila mak sedara dia tak kisah langsung aku kawan ngan dia..ditambah lak mak sedara dia bahasakan dirinya ngan aku UMI.. tuhan je yang taw perasaan ney taim tuh..
Pastu  aku gitaw dia aku nak gi karok ngan kengkawan aku.. mulanya dia cakap takley.. bila aku tanya napa dia tak bagi cebab..  aku cuba tanya gi sekali.. bukan apa even aku tetap macok gi karok ngan  kengkawan aku law dia tak bagi sekalipown tapi ase tak bes ah kan.. tapi bila si dia da bagi kebenaran tersenyum lebar la..  konon-konon dapat izin dari suami… ;)
Masa ngah karok aku saje wat voice mail kat dia.. tetiba dia text aku marah-marah.. terkejut badak ah aku tetiba ja kena marah.. aku tanya dia sebab apa dia jawab dia tak ckew dengar owang pompuan nyanyi.. sal alasan tunggal tu jek aku dimaki.. huh! Pedih gak ar..
Aku taw niat dia juz nak tegur aku tapi cara dia salah… ley jek cakap kat aku lek lok.. perlu kew nak maki-maki owang.. hurmm..
Aku taw dia penah cakap kat aku dulu dia tak suka pompuan nyanyi and menari xpecially owang yang terdekat ngan dia.. and aku taw gak adik dia yang paling dia sayang pown penah kena sepak ngan dia gara-gara menari depan dia.. tu pown bukan sengaja.. konon nak melawak and bermanja ngan si abang tapi tak pasal-pasal kena sepak…
Tapi aku gi karok tadi juz nak ckew-ckew.. nak enjoy ngan kengkawan.. bukan nak meggedik ngan jantan laen.. bukan pergi ngan jantan laen.. salah aku kew??
Ntahla.. bawu ase nak epy gado lagi.. =(

AYAH, ADAKAH MANUSIA TIDAK MASUK NERAKA BILA HARI HUJAN?

pas aku baca cita ney tetiba aku ase cam nak share ngan suma owang sal cite ney.. gipown aku ase cite ney bagos, baek dan patot dikongsi ngan suma owang..cite ney aku copy paste je dari seorang insan yang menggelar dirinya renungan terakhir tanpa edit pape walau satu huruf..hehe tak salah kan..mohon share ye en renungan terakhir ;) hope sesapa yang baca dapat amek pengajaran dan teladan.. so slamat membaca dan slamat beramal.....

 

Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid
Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk
mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah.
Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”.

Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”.

Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”.

Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”

Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”.

Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”.

Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi.
Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .


Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan.
Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar.
Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.

Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya.
Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang.
Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut.
Namun keadaan di situ lengang.
Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu.
Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut.
Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu.
Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan.
Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.


Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya.
Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat.
Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi.
Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.

Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan.
Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata,
“Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik.
Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik.
Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini.
Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan,
tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik.
Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata,
“Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa.
Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya,
“ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat,
suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker,
“Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya.
Saya tidak pernah hadir sebelum ini.
Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya.
Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu,
meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.”

Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat,
saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup.
Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya.
Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi,
hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya.


Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati.
Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak.
Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi.
Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi.
Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat.

Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini?
Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”.
Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan.
Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya,
di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat,
tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya.

Budak itu tersenyum.
Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua.
Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel.
“Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.

Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan,
saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut.
Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi.
Saya tak perlukannya lagi.

Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini,
saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan.
Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya,
yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.

Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata.
Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara.
Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana
“malaikat kecil” itu sedang duduk.


Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya.
Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya.
Inilah satu peristiwa..

Monday, October 11, 2010

sedekad berlalu...

sedekad atau lebey popular lagi disebut sepuloh taun terasa sat sangat bagiku,,terasa bawu semalam sumanya berlaku dan sekelip mata juga turut merubah segala kehidupanku,,segala-gala yang berlaku sedekad lalu sentiasa bermain-main dan terngiang-ngiang di kotak fikiranku,,

aku masih ingat lagi pagi 12.10.2000 aku ase berat aty cgat nak meninggalkan umah taim tuh...namun atas pujukan ibu,tok dan maknjang aku gi jugak kelas fardhu ainn kat masjid depan umah aku,,namun aku mintak kat ustazah nak balik awal  ke umah dari kebiasaanya dengan alasan aku tak sedap aty cangat-cangat ari tuh,,

sesampainya kat umah aku gitaw ibu aku xmaw gi cekola,,tapi sekali lagi hasratku ditolak dengan alasan aku ada exam taim tuh so aku xdibenarkan ponteng cekola,,tangisku juga tidak langsung diendahkan lagi,,hancur cangat atyku taim tuh,,niatku hanya nak ada kat sisi ayah taim tuh tapi tak dibenarkan,,dengan langkah yang xbersemangat aku hayun gak kakiku melangkah gi cekola,,

tiba kat cekola mata aku bengkak,,suma kengkawan and cikgu-cikgu tegur,,aku teros melangkah malas macok ke klass dengan harapan nak jawab suma soklan-soklan exam ngan cepat hope aku dapat sampai umah dengan secepatnya,,

10 minit berlalu,,,,,,,

kertas-kertas soklan diedarkan dan kami dikehendaki menulis nama tas kertas soklan tersebut,,taim tuh aku betol-betol tak sedap aty dan cuba angkat tangan untuk mohon nak pulang ke rumah,,cikgu ismail yang juga guru klass aku taim tuh mintak aku jawab exam gi abes duluw sebelom aku dibenarkan pulang,,tetiba aku nampak kelibat seorang jiranku yang aku panggilnya aunty mah,,dia adalah jiran sebelah umahku dan family kitowang seperti adik beradik,,dy ada seorang anak pompuan yang sebaya denganku,,kitowang tersangatlah rapat campai kitowang sering dipanggil kembar di cekola,,

berbalik kat cita aku tadi,,

aku perhatikan aunty mah bercakap sesuatu dengan cikgu ismail di koridor luar klass,,tetiba cikgu ismail datang kat tempat aku dan bagitaw aku dibenarkan pulang cambil tersenyum,,aku menjadi pelik ngan kelakuan aneh cikgu kesayangan aku neyh,,lawpown epy cebab aku dibenarkan pulang awal tapi aku masih tertanya-tanya apakah yang menyebabkan aku dibenarkan pulang awai,,soklan math subjek kesukaan ku teros dilupakan,,aku kembali tingat kat ayah aku dan bedoa takdak apa-apa yang terjadi kepada beliau,,
sewaktu melangkah kuar ke klass tiba-tiba aku ase da seseorang memelukku dari belakang,,yup,,cikgu ismail cikgu kesayanganku memelukku,,atas sebab apa??ntahla,,aku pown xpasti dan xmengerti taim tuh,,

aku membututi langkah aunty mah ke keretanya,,aku sempat gak betanya nak bawak aku gi mana tapi jawapan aunty mah mengecewakanku,,katanya nak bawak aku gi jalan-jalan makan angin,,sampai kat keta aku pandang wajah muram abangku,,aku semakin tak paham ngan situasi aku saat tuh,,nak jerit je saat tuh law boley,,

500 meter sebelum tiba ke umahku,,,,,

aku makin tak sedap aty,,aku rimas dengan situasi saat tuh dan aku cuba tnyakan ckali lagi dengan harapan aku dapat jawapan yang memuaskan aty ku namun hampa,,

saat tiba di halaman umah,,,,,,

aku lihat ramai cangat orang kat umah aku,,makcik-makcik aku suma ada,,sepupu-sepupu,,jiran-jiranku,,aku semakin tak keruan,,aku teros berlari mendapatkan ibuku di dalam umah untuk dapatkan jawapan yang tepat,,tak sempat nak tanyakan soklan ibuku cepat memelukku dan bagitaw ayahku dah takdak,,ase gelap duniaku saat tuh,,aku teros tak sedarkan diri,,

ntah bapew lama aku tak sedarkan diri,,sebaek sedar makcikku suh aku amek wuduk dan bacakan yasin untuk ayahku,,aku ikot sja apa yang disuruh tanpa bantah,,aku mula membaca surah yasin dari satu ayat ke ayat yang seterusnya,,air mataku tak berhenti langsung sejak aku mula bacakan surah yasin,,dan ckali lagi aku tak sedarkan diri sebelom aku sempat bacanya  gi abes,,

sebaek sedar makcikku bawak aku kuar dari umah,,aku duduk di luar umah memerhati orang yang semakin ramai datang,,tetiba aku nampak kelibat cikgu ismail menuju ke umahku,,di luar sedar aku aku berlari mendapatkan cikgu dan menangis di pelukan cikgu,,bagai seorang ayah cikgu memujuk aku supaya bersabar,,

saat aku tak dapat nak lupakan taim aku mandikan tubuh ayahku wat kali terakhir,,ustaz cakap jangan nanges depan mayat nnt diorang akan ase cdey gak,,aku tahan air mataku,,mulanya aku takmaw tapi ustaz pujuk aku jalankan tanggungjawab terakhirku sebagai serang anak,,aku begilir-gilir ngan abangku memandikan jasad ayah wat kali terakhir seperti yang diajarkan ustaz taim tuh,,

abes mandikan jasad ayah dibawa ke ruang tamu umah dan dipakaikan baju putih,,ustaz letak minyak wangi kat tubuh ayah,,sebelum kain yang terakhir dibalut ustaz mintak ibu, aku dan abang untuk cium dahi ayah wat kali terakhir,,aku lihat ibu kucup dahi ayah pastu abang,,dan tiba giliran aku,,aku kucup dahi ayah dan tatap wajah ayah wat kali terakhir,,aku nampak ayah senyum dan wajah ayah berseri-seri,,air mataku menitis lagi,,belum puas aku tatap wajah ayah  ibu memelukku dan menangis di bahuku,,

tubuh ayah diangkat dan diletakkan dalam keranda kayu lalu dimasokkan ke dalam van jenazah untuk dibawa ke tanah pekuburan,,ckali lagi aku tak sedarkan diri,,kami diiringi dengan van dan kereta-kereta tentera sepanjang perjalanan kami,,ayah ditanam di tanah pekuburan taiping atas permintaannya yang terkhir,,kata ayah, dia nak dekat ngan kubur mak, ayah, kakak dan abg die,,

sampai di taiping hampir lewat malam,,segala urusan pengebumian diselesaikan oleh phak tentera,,aku nampak abang turut sama membantu ketika mayat ingin ditanam,,abang turut sama turun dan macok ke dalam kubur untuk bersama-sama yang laen turunkan mayat untuk ditanam,,saat tu jugak wat petama kali aku nampak air mata abang menitis,,


lawpown hanya diterangi dengan cahaya bulan semata-mata pada pagi tuh tepat jam 12.10 pagi (13.10.2000) alhamdulillah urusan pengebumiaan dan bacaan talkin semuanya selesai,,syahdu sangat saat tuh,,bacaan talkin yang dibaca ustaz taim tuh ase insaf cangat,,

ikot aty aku xmaw alik umah gi,,aku xmaw tinggalkan ayah cowang-cowang kat situ,,aku nak teman ayah kat situ,,t xdew sapew nak jaga ayah,,aku nampak ibu nanges-nanges,,ibu cakap ayah Allah da jaga,,malaikat pown adew teman ayah kat sana,,ayah da epy cangat kat sana,,btol kew ayah???

dengan langkah longlai aku melangkah tinggalkan tanah pekuburan ayah,,pelahan-lahan aku cuba trima hakikat yang ayah da meninggalkan kami wat selamanya,,aku tawu Allah lebey sayangkan ayah,,cemoga ayah sentiasa bahagia di cana,,


                                                   
kini semuanya da berlalu hampir sedekad yang lalu namun setiap saat aku taknah lupakan masa neyh,,

senyuman terakhir ayah sampai saat neyh aku sentiasa ingat stiap kali aku pejam mata,,

aku winduu sangat-sangat saat kita sekuarga bersama,,




i luv u ayah <3
miza xnah lupakan nasihat,jasa dan harapan ayah...
doalah anakmu ney sentiasa berjaya, bahagia, dan jadi anak yang solehah...
miza sayang sangat-sangat kat ayah ;)