Tuesday, July 30, 2013

oh Tuhan...



Ya Allah, ampunilah hamba-Mu
hamba yang sering mengeluh atas ketetapan-Mu
hamba yang sering berburuk sangka atas takdir-Mu
hamba yang tidak ikhlas menerima keputusan-Mu

wahai zat Yang Maha Perkasa
kepada siapa lagi hamba perlu berdoa
kepada siapa lagi hamba perlu meminta keampunan
kepada siapa lagi hamba perlu melarikan persoalan

oh, sekiranya waktu dapat diputarkan
mahu sahaja menjadi hamba yang berbakti
sejak lahir ke dunia sehingga ajal datang pada penghujung usia