Friday, September 16, 2011

Esok Belum Pasti

kata orang, hidup perlu ada angan-angan barulah kita 
bersemangat merancang dan melaksanakan apa yang diangan-
angankan. Namun dalam kisah para sahabat Nabi Muhammad s.a.w,
hidup mereka 'pendek' dengan angan-angan. Malah itulah prinsip
hidup mereka yang menjadi kunci ketenangan yang mereka miliki!
Prinsip itu ialah hidup dalam lingkungan hari ini dan tidak perlu
bimbang yang jauh-jauh. Usah tercemar dengan esok yang masih
samar-samar. Tugas mereka bukan melihat apa yang terletak jauh
dan masih kabur di hadapan, tetapi bertindak dengan apa yang
berada di genggaman. Itulah yang sering mereka pesankan.
Mafhum hadis ada menyatakan bahawa jika mereka hidup
pada waktu pagi, mereka tidak menyangka akan terus
hidup sampai ke petang. Oleh sebab itu,
mereka tidak menangguhkan amalan kebaikan, juga tidak
menagguhkan taubat daripada perbuatan kejahatan!  ^.^

No comments: